malaikat maut lima jari

Pada suatu malam Imam Malik b. Anas r.a. tertidur. Lalu di dalam tidurnya dia bermimpi di datangi malaikat maut. Kemudian dia bertanya kepadanya,

“Wahai malaikat maut! Masih tinggal berapa lama lagi usiaku di dunia ini?”

Malaikat maut lalu memberi isyarat dengan lima jarinya. Tetapi Imam Malik tidak mengerti maksudnya, maka dia pun bertanya lagi,

“Lima apa wahai malaikat maut? Apakah lima tahun, lima bulan, lima minggu atau lima hari?”

Namun belum sempat mendengarkan jawapan dari malaikat maut, Imam Malik r.a. terbangun dari tidurnya.

Keesokan harinya, Imam Malik pergi menemui seorang yang mahir dalam ilmu mentafsir mimpi iaitu Imam Ibnu Sirin, untuk menanyakan perihal mimpinya malam tadi. Imam Ibnu Sirin berkata padanya,

Wahai sahabatku Malik, mimpimu baik-baik sahaja. Malaikat maut yang datang dalam mimpimu itu tidak bermaksud mengatakan jangka hayatmu lima tahun, lima bulan, lima minggu, lima hari atau lima waktu yang lainnya.

Tetapi dia hendak mengatakan kepadamu bahawa pertanyaanmu itu termasuk dalam lima rahsia ilmu ghaib yang tidak diketahui sesiapa pun selain dari Allah sendiri, sebagaimana firman Nya dalam surah Luqman: 34”

“Sesungguhnya di sisi Allah, ilmu tentang hari kiamat dan dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi amat meliputi pengetahuan Nya.”

Oleh itu sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, berusaha, berdoa dan bertawakkal sahaja. Selebihnya itu urusan Allah kerana, hanya Dia sahaja yang lebih mengetahui akan segala-galanya. Wallahu a’lam

__________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare