polis perak
Mior Faridalathrash Wahid/ Gambar Fail PDRM Perak

POLIS mengesahkan kertas siasatan melibatkan kejadian buli membabitkan murid baju merah yang ditumbuk dan ditendang seperti tular dalam media sosial telah pun dibuka.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai insiden tersebut dan sedang menjalankan siasatan terperinci.

Menurut Mior Faridalathrash, berdasarkan komen warga maya, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob untuk menyiasat bila kejadian buli ini berlaku.

“Ini kerana kadang-kadang kejadian (berlaku) lama tetapi ditularkan semula.

“Video itu memang nampak kejadian buli dengan menumbuk perut mangsa jadi polis akan menjalankan siasatan.

“Namun, kita belum dapat pastikan sama ada betul atau tidak kejadian itu berlaku di Kuala Kangsar atau di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kampar yang baharu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Buli, tumbuk murid baju merah bukan bawah sekolah KPM- Radzi

[VIDEO] Belasah murid baju merah, netizen gesa polis ambil tindakan segera dakwa ia perbuatan buli

Kecoh di media sosial hari ini apabila tular beberapa klip video yang mendakwa satu kejadian buli berlaku di sebuah asrama sekolah membabitkan beberapa orang murid menumbuk dan menendang seorang murid lain.

Video yang dimuat naik dan dikongsi sejak awal pagi tadi itu ternyata menimbulkan kemarahan warganet yang mahu satu tindakan diambil pihak sekolah dan polis untuk menyiasat segera perkara tersebut.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan seorang murid baju merah dipegang rakan sebelum beberapa murid lain bergilir-gilir membelasah.

“Mantap gila,” kata salah seorang pelajar dalam video tersebut selepas menumbuk murid berkenaan.

Dalam rakaman itu terdapat lebih daripada tujuh pelajar di dalam sebuah bilik dan berdasarkan video yang tular, lebih daripada seorang turut merakam kejadian itu berdasarkan beberapa sudut rakaman yang tersebar.

Sementara itu, berdasarkan satu tangkap layar Twitter, seorang individu mendakwa kejadian dilaporkan berlaku di Maktab Rendah Sains Mara cawangan Sultan Azlan Shah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram