Sedapnya kambing kasturi ini. Bagi penggemar hidangan berasaskan kambing, resipi ini wajib anda cuba. Rasanya sedap dan pasti memikat selera.

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging kambing (potong kecil)
3 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji telur
3 labu bawang besar (mayang bulat)
5 ulas bawang putih (mayang)
3 tangkai cili merah (mayang)
Sedikit halia (mayang)
1 paket kecil buah gajus
1 sudu besar kismis (goreng)
3 sudu besar lobak asin
Sedikit minyak masak
Garam

Cara Menyediakan:

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan kambing dan serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam. Gaulkan sebati.
  2. Kemudian masukkan cili merah, bawang besar, halia, lobak asin, gajus dan kismis. Tambahkan garam secukup rasa.
  3. Pecahkan telur, gaulkan rata. Kacau dan masak sehingga garing. Hidangkan mengikut kreativiti anda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram