Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Daerah Bera hari ini.- Foto BERNAMA

KERAJAAN telah berjaya melepasi sasaran menyediakan 500,000 peluang pekerjaan tahun ini disebalik cabaran COVID-19 dan ekonomi dihadapi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negara juga dijangka akan bertambah baik tahun hadapan, hasil kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Apabila saya ambil alih (sebagai Perdana Menteri) kes COVID-19 meningkat dan kita terpaksa bertindak tegas demi nyawa, walaupun kita tahu ekonomi merudum ketika itu.

“Disebabkan kejayaan PICK kita mula buka ekonomi dan perniagaan juga sudah kita benarkan dan ekonomi kita mula alami pertumbuhan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera, di Bera hari ini.

Baca: 24,300 peluang pekerjaan di 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

PM lancar tiga inisiatif Kementerian Sumber Manusia

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak berdiam diri isu peningkatan harga barangan, walaupun ada kalanya ia di luar kawalan kerajaan disebabkan permintaan yang tinggi berbanding penawaran yang rendah di pasaran.

“Kita tahu harga sedang meningkat dan kita sedang buat sesuatu antaranya jualan murah (Program Jualan Keluarga Malaysia) yang dilaksanakan di seluruh negara, di dua kawasan di setiap Parlimen dan harga murah sehingga 50 peratus diskaun,” katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga telah memperuntukkan RM100 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), selain RM62 juta subsidi baja sebagai inisiatif untuk mengatasi masalah kenaikan harga.

“Dalam Mesyuarat Kos Sara Hidup yang saya pengerusikan, kita juga telah bersetuju supaya peniaga tidak naikkan harga minyak masak sawit, kita berikan peruntukan subsidi tambahan sebanyak RM150juta,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram