Bayangkan anda ada banyak kertas dan untuk memastikan ia kemas disusun, anda akan mengetipnya dengan alat pengokot kertas. Atau bahasa mudahnya kita panggil ‘stapler’.

Stapler ini barang kecil tapi sangat banyak kegunaannya terutama dalam kerja-kerja pengurusan dokumen.

Pernah tak anda terfikir, siapa individu yang dapat idea untuk mencipta alat untuk menyatukan helaian kertas yang banyak membantu kerja-kerja pejabat ini?

Stapler.

Stapler yang pertama wujud sejak kurun ke-18 lagi. Menurut rekod, pemerintah Perancis  ketika itu, Raja Louis menggunakan satu alat seperti stapler untuk melekatkan kertas-kertas peribadinya. Tiada siapa tahu daripada mana dia mendapatkan alat tersebut.

Sehinggalah pada tahun 1866, seorang lelaki bernama George W. Mc Gill mencipta satu alatan kecil yang serupa yang boleh menyatukan kertas untuk dijadikan buku.

George W. Mc Gill mencipta satu alat yang boleh menyatukan helaian kertas.

Tetapi, alat ciptaannya itu tidak mendapat sambutan sehinggalah pada tahun 1879, apabila produk ini dipatenkan, ia mula menjadi satu fenomena di kalangan penduduk tempatan yang memerlukan alat ini bagi memastikan segala kertas kerja mereka berada dalam keadaan yang tersusun. Produk ini dinamakan McGill Single-Stroke Staple Press.

Tidak seperti stapler yang kita gunakan pada masa kini, Stapler McGill pada asalnya hanya boleh memuatkan satu ‘ubat stapler’ pada satu-satu masa. Mengapa? Kerana stapler tersebut bersaiz kecil dan hanya seberat dua setengah paun.

Stapler awal ciptaan George yang pada mulanya tidak mendapat sambutan, namun setelah dipatenkan menjadi popular.

Hari demi hari, ciptaan George dikemas kini dan berubah mengikut peredaran zaman, sehingga kepada versi yang kita gunakan pada hari ini. 

Ciptaan George ternyata telah banyak membantu manusia. Alat ini membantu mendokumentasikan kertas kerja agar tidak bercerai berai dan lebih tersusun berbanding zaman dahulu.

Mudah kan ada stapler? Tapi yang menyakitkan hati bila ada yang pinjam stapler kita lepas itu tak tahu nak pulangkan semula. Geram!

________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare