POLIS telah mengambil keterangan dua lelaki dan tiga wanita semalam bagi membantu siasatan kes mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta menyalahgunakan kemudahan golongan itu yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua mereka yang berusia lingkungan 30-an memberi keterangan pada kira-kira 2 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

“Kesemua mereka yang terlibat dalam dua video tular berasingan selesai memberi keterangan pada 8 malam tadi termasuk seorang wanita yang bertindak merakam video berkenaan,” katanya yang dihubungi Bernama.

Rabu lepas, tular dua video masing-masing memaparkan tindakan dua lelaki berlagak sebagai OKU dan mempersendakan tempat letak kereta OKU di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Sementara satu lagi video memaparkan dua wanita bertindak menyalahgunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak selain bertindak mengajuk perbuatan seolah-olah mereka adalah OKU fizikal yang tempang.

Sebelum ini, Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang menyalahgunakan kemudahan yang dikhaskan untuk golongan OKU.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram