PELAKON dan usahawan Aeril Zafrel, 33, memaklumkan nama yang diberi untuk anak keempatnya, Jibril Ibtisam yang dilahirkan pada 30 November lalu membawa maksud yang cukup baik.
Jelas Aeril, nama itu telah disebut-sebut oleh isterinya, Wawa Zainal, 30, yang juga seorang pelakon dan usahawan sejak hamil lagi.
Malah, rata-rata netizen menyifatkan nama Jibril Ibtisam itu sangat unik.
“Jibril Ibtisam membawa maksud penghulu utusan tuhan yang taat dan menyenangi hati selain membawa makna hauman senyuman serta tersenyum.
“Jika diikutkan semasa dalam kandungan lagi, Wawa memang sudah panggil anak keempat kami dengan panggilan Jibril. Malah, dia juga sudah beritahu kepada tiga anak yang lain mengenai adik mereka.
“Sebenarnya setiap kali nama anak-anak, saya ada merujuk kepada seorang guru. Dia akan berikan beberapa pilihan dan kami akan memilih nama yang terbaik,” ujarnya memetik laporan Harian Metro.
Pada masa yang sama, Aeril turut menjelaskan mengenai pendiriannya yang berkongsi wajah anak pada awal kelahiran kepada peminat di media sosial.
“Bagi saya, itu adalah hak masing-masing. Saya dan Wawa selesa untuk kongsikan wajah anak kami kepada peminat.
“Alhamdulilah saya seronok dengan kelahiran anak keempat ini. Dia pun tak banyak meragam, cuma selalu akan kejutkan kami sekitar jam 4 pagi,” tambahnya lagi.
Tinjauan URTV ke Instagram Aeril dan Wawa, pasangan ini berkongsi foto mereka sekeluarga yang mengenakan persalinan sedondon serba putih dan turut mendapat pujian peminat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram