Mengelak Kulit Berkedut

BAGI mengelak kulit pada bahagian perut berkedut, terutamanya selepas bersalin, cuba ikut cara yang di bawah:

  • Ambil satu sudu kecil air limau nipis
  • Ambil 20 titik minyak kayu putih
  • Ambil satu sudu kecil air kapur sirih
  • Gaulkan kesemuanya dan sapukan kepada kesan- kesan pecah di perut.
  • Lakukan selama dua minggu berturut-turut. Insya-Allah akan berhasil.

Rambut Hitam dan Lebat

Rambut anda gugur? Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai, tumbuk sehingga halus kemudian campurkan sedikt air asam jawa.

Selepas itu, cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam, kemudian bersihkan kepala. Amalkan seminggu dua kali. Insya-Allah akan nampak hasilnya.

Mencegah Rambut Agar Tidak Pecah Di Hujung

Ada kalangan wanita yang menghadapi masalah rambut pecah di hujung. Cara menjaganya mudah sahaja, jangan biarkan rambut dalam penggulung rambut terlalu lama. Elakkan mengguna pengering rambut terlalu kerap kecuali jika perlu.

Sebaiknya setiap kali mencuci rambut, bilas sebersih-bersihnya kemudian keringkan dengan tuala kering dan beruslah rambut anda sekurang-kurangnya seratus kali setiap hari.