subway
Tangkap layar Muhammad Farid yang menikmati Subway.

“KEPADA brother R&R Jejantas Ayer Keroh… Subway, ada satu tempat khas di Syurga untuk anda. Bapak sedap!”.

Itu luahan Muhammad Farid Roslan, 28, gara-gara terlalu teruja dengan kesedapan Subway yang dipesan di hentian Rehat & Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh.

Menerusi video pendek yang dikongsi oleh @adlinayusofff di aplikasi TikTok itu telah mendapat lebih 200,000 kali tontonan dan lebih 20,000 tanda suka daripada warganet selepas ia dimuat naik.

Tindakan Muhammad Farid menitipkan doa buat pekerja itu ternyata membuatkan netizen memuji keikhlasan pekerja Subway tersebut dan luah perasaan ingin tahu mengenai resipi roti itu.

“Alhamdulilah, tahniah bro subway tu, keiklasan anda bekerja terpancar di wajah suami akak nie,” kata @kiramha.

“Semoga masuk fyp brother RnR Jejantas Ayer Keroh. Nak tahu menu apa,” komen @syuhadanazari.

“Mana brother rnr tu, masuk sekarang! nak menu dia. Biasa order marina meatball dengan seafood 2 scoop. Tu pun dah heaven dah,” ujar @…

Baca artikel berkaitan: Pikul pengantin di atas bahu, 1.4 juta netizen kagum lihat adat orang Banjar yang kian dilupakan

@adlinayusof

untuk brader SUBWAY JEJANTAS AYER KEROH, u guys just made our day ❤️❤️❤️ #asktiktok #fypdongggggggg

♬ DJ bhima ard – YT:DJ Bhima Ard

Menceritakan kembali, isteri kepada Muhammad Farid, Nur Adlina Mohamad Yusof, 28, mengatakan ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke Johor selepas bercuti di Melaka.

Katanya, kebiasaannya dia akan keluar untuk membuat pesanan setiap kali ke Subway, tetapi pada hari tersebut, dia meminta suaminya untuk keluar membeli.

“Dia macam biasa tak pandai beli Subway, jadi dia buat permintaan kepada staf Subway untuk buat yang paling sedap.

“Dan masa makan memang sedap, tak mengecewakan langsung… sos not too wet or dry, just nice hehe,” kata Nur Adlina ketika dihubungi UtusanTV.

Tambahnya, dia terharu akan dedikasi staf restoran tersebut.

“Selama ni kalau pergi Subway lain, bila request tolong buatkan yang paling sedap… takde yang layan, semua suruh pilih je. This time memang sedap!!! staf subway tu yang decide,” ujar Adlina.

Akan tetapi, resipi kepada rahsia kesedapan roti itu tidak diketahui kerana secara tidak sengaja resit pembelian itu telah dibuang sebaik selepas membuat pembelian.

“Menu tu tak tahu sebab husband terus buang resit. Bila balik sini, Johor try order kat sini, tak jadi rasanya. Maybe combination of sos kot,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram