Gambir Penawar Gatal

Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelengkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal.

Cengkih Penawar Sakit Gigi

Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang.

Sengal Tulang

Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan.

Keputihan Pada Mulut Bayi

Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam- suam kuku) pada tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh di dalam air suam. Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi.