Tangkap layar lelaki merentap cermin kereta isterinya yang tular.

TINDAKAN seorang lelaki merentap cermin kereta milik isterinya membawa parah apabila dia ditahan polis selepas perbuatannya itu tular di media sosial.

Video pendek berdurasi 26 saat itu, dirakam oleh mangsa yang juga merupakan isteri suspek menggunakan telefon bimbit sebelum bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengatakan kejadian berlaku pada pukul 10.37 pagi pada Isnin lalu ketika mangsa sedang memandu kereta bersama anak-anaknya.

“Ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta bersama anak-anaknya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah sebelum menyedari diekori suaminya yang berusia 30 tahun itu dengan menunggang motosikal Honda Wave.

“Suspek kemudian menahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali menyuruh mangsa membuka tingkap kereta,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Ahmad Shukri berkata, suspek memberi alasan untuk memberikan wang kepada anak-anak sebelum bertindak merentap cermin kereta berkenaan sehingga pecah.

“Serpihan kaca telah terkena kepada anak mangsa,” katanya.

@utusantvofficial

Semoga jadi pengajaran buat semua 😪😪😪. #foryou #fyp #beritaditiktok #viralnewsmalaysia

♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

Baca artikel berkaitan: Bot pancung bawa PATI Indonesia dari Batam karam, 10 maut

Menurut Ahmad Shukri, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kawasan tersebut tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

“Suspek ditahan pada hari sama sejurus selepas kejadian dan direman empat hari bermula semalam sehingga 17 Disember ini untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati, lelaki tersebut negatif dadah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram