Qarin Rasulullah masuk islam

Terdapat beberapa tafsiran dengan perkataan Fa aslama dan Fa aslamu. Jika dibaca Fa aslama maka maksudnya jin itu menjadi Islam. Manakala jika dibaca dengan Fa aslamu maka ia membawa maksud, “Dan aku yang selamat (dari kejahatannya dan fitnahnya).” 

Perbezaan bacaan itu tadi membawa maksud yang berbeza. Pendapat yang paling tepat kata Al-Khattabi adalah aku yang selamat daripada kejahatan dan fitnahnya. Manakala Qadhi memilih pendapat syaitan itu masuk Islam.

Namun persoalan di situ timbul bahawa syaitan itu Islam, adakah benar? Pada dasarnya syaitan itu adalah dilaknat Allah jadi mana mungkin syaitan itu masuk Islam. Apabila Allah melaknat syaitan maka dijauhkan daripadanya rahmat Allah.

Satu lagi yang boleh kita buktikan bahawa qarin itu adalah syaitan adalah menerusi hadis  yang menceritakan keadaan Aisyah di mana Nabi keluar dari biliknya pada waktu malam. Maka Aisyah berkata,

“Aku cemburu kepadanya.” Kemudian Rasulullah datang dan melihat apa yang kulakukan maka Baginda berkata,

“Ada apa denganmu wahai Aisyah? Apakah engkau cemburu? Aku pun berkata,

“Bagaimana orang sepertiku tidak cemburu dengan orang seperti kamu?” Maka Rasulullah bersabda,

“Apakah syaitanmu sudah datang (qarin)?.” Lalu Aisyah berkata,

“Wahai Rasulullah, Apakah denganku ada syaitan?”. Rasulullah berkata,

“Ya, bahkan dengan setiap manusia adanya syaitan”. Maka Aisyah berkata lagi,

“Bersama engkau juga, ya Rasulullah?” Baginda menjawab,

“Ya, hanya Allah membantuku sehingga dia memeluk Islam.”

Di situ Rasulullah telah menyebut secara jelas bahawa syaitan itu qarin. Dan qarin Rasulullah diislamkan adalah untuk memastikan kewajaran status maksum nabi Muhammad. Jika ada gangguan syaitan atau sebagainya yang jahat maka ajaran Islam yang disampaikan dianggap tidak sah kerana ada campur tangan syaitan.

Manakala orang biasa masih menghadapi bahaya dirasuk syaitan sebab itu kita kena sentiasa meminta perlindungan Allah dari syaitan. Dan, qarin itu adalah syaitan yang diizinkan oleh  Allah untuk menguasai manusia yang mengarahkan kepada kemungkaran. 

Apabila Allah menganugerahkan hati yang sempurna, selamat, benar dan mengharapkan Allah, maka Allah membantu dengan doa untuk menghadapi qarin. Sebab itulah kita sentiasa disunatkan mengucapkan perlindungan Allah dari syaitan yang direjam.

Di dalam banyak hal kita diperintahkan mengucap isti’adzah, contohnya ketika masuk ke rumah, hendak menjamah hidangan dan aktiviti lain. Nabi bersabda,

“Apabila seseorang membaca Basmalah ketika hendak masuk ke rumah dan ketika hendak makan maka berkata syaitan kepada kawan-kawannya, “malam ini tidak ada tempat kalian bermalam dan tidak ada makan malam. Apabila orang itu tidak menyebut Basmalah ketika hendak masuk ke rumahnya maka berkata syaitan (kepada kawan-kawannya). “Malam ini kalian mendapat tempat bermalam.”

Bacalah basmallah dalam setiap perbuatan supaya dijauhkan dari gangguan syaitan

Dan apabila tidak menyebut Basmalah ketika hendak makan berkata pula syaitan kepada kawan-kawannya , “Sekarang kamu dapat tempat serta makan malam.”

Memang jelasnya syaitan itu sentiasa bertolong-tolongan untuk melakukan kejahatan. Pengumuman itu dibuat oleh qarin kepada syaitan yang berada di sekeliling kita. Jadi bayangkanlah jika kita hidup tanpa menuturkan Basmalah dan meminta isti’adzah kepada Allah.  Dari situ kita sentiasa berwaspada dengan syaitan kerana perancangannya sungguh rapi.

Ada dalilnya, sabda Rasulullah, “Sesiapa yang membaca “Bissmillahi tawakaltu a’lallah, lahaulawala kuwwatailla billahi, ketika melangkah rumah maka malaikat akan berkata kau mendapat hidayah, akan dipelihara Allah dan akan dicukupkan keperluannya oleh Allah.

Maka syaitan pula akan berkata kepada kawan-kawannya, “Kau tidak boleh buat apa dengan orang yang mendapat perlindungan, petunjuk dan kecukupan dari Allah.” Wallahu a’lam

_______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare