PENYANYI rap sensasi, Caprice memohon orang ramai berhenti menyerang dan melontarkan kata-kata melampau terhadap isterinya, Farra Inalis.

Menerusi perkongsian entri terbarunya di laman Instagram, Caprice memaklumkan bahawa Farra kini sedang menerima rawatan di hospital selepas pengsan akibat terlalu tertekan dengan situasi yang dialami.

“Saya benar-benar menyalahkan diri saya untuk semua ini. Sejak berkahwin, isteri saya hilang privasinya dan sentiasa diserang kerana penampilannya yang seksi. Mungkin terlalu stress dan tertekan sejak bergelar isteri saya akhirnya membuatkan dia pengsan,” katanya.

Menurut pemilik nama Ariz Ramli,33, dia meminta agar orang ramai tidak menghentam Farra sebaliknya melepaskan semua kecaman terhadap dirinya.

“Jangan serang dia, serang saya. Saya yang ‘berjihad’, yang bina aplikasi untuk ummah, berperang untuk Jerusalem dan saya adalah imam untuk masjid saya.

“Jika sesiapa yang gagal, itu saya. Lepaskan semuanya pada saya, bukan keluarga saya,” ujar Caprice.

Terdahulu, Caprice turut menerima pelbagai komen dan kecaman daripada netizen agar menegur cara pemakaian isterinya yang seksi agar lebih menutup aurat.

Untuk info, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada 15 November lalu.

Farra merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan, Aleesya Sofea yang berusia lima tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram