tanda kena sihir pelalau
  • Sihir Pelalau Perniagaan:
  • Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
  • Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.
  • Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
  • Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.
  • Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.
  • Sihir Pelalau Pekerjaan
  • Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.
  • Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa dibuang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja.
  • Tidak disenangi oleh kawan-kawan sekerja atau pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahannya.
  • Produktiviti pekerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.
  • Sihir Pelalau Pembelajaran
  • Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.
  • Anak-anak akan menjadi leka dan tidak fokus dalam pelajarannya dan akhir sekali tidak mahu ke sekolah.
  • Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardu, mengaji al- Quran, dan sebagainya.
  • Si anak lama kelamaan terdorong untuk melakukan kejahatan seperti mengambil dadah, minum arak, berzina, dan lain-lain.
  • Sihir Penghalang Perkahwinan:
  • Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badannya.
  • Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.
  • Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah dipersetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.
  • Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka saling sayang menyayangi. Ramai pasangan yang datang berjumpa dengan penulis mengadu berkenaan hal ini telah berlaku di dalam diri mereka.

Sihir seperti ini adalah sihir yang berbentuk ikatan, simpulan ataupun cengkaman, iaitu selagi sihir itu tidak dirungkaikan, mangsa sentiasa dibelenggu oleh keadaan itu. Sihir jenis ini menggunakan bahan-bahan yang dipuja dan diletakkan di rumah atau pun ditanam. Rawatan sihir ini sama sahaja seperti yang lain kerana makhluk yang menjadi ejen perlaksanaan sihir itu adalah jin-jin yang jahat.

_______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare