selamat kerana sifat malu

Satu kisah di peperangan Uhud menarik untuk diimbas kembali. Secara tradisinya, sebelum  pertempuran antara dua kumpulan tentera bermula, setiap pihak akan menghantar setiap  wakil untuk berlawan satu dengan satu terlebih dahulu. 

Di pihak angkatan tentera Quraisy, Talhah bin Uthman, panglima yang memimpin tentera Quraisy telah mencabar kaum Muslimin. Dengan nada sombong dia berkata, 

“Wahai pengikut-pengikut Muhammad, kamu mendakwa bahawa pedang kamu akan membawa kami semua ke neraka, manakala pedang kami akan membawa kamu ke syurga. Adakah ada dari kalangan kamu yang mahu mencabar aku sehingga pedangku ini akan membawanya ke syurga atau pedangnya yang akan membawa aku ke neraka?!”

Cabaran Talhah disambut oleh Ali r.a. katanya,

“Demi Allah, aku tidak akan melepaskan kau sehinggalah pedangku ini menghantarmu ke neraka atau pedangmu menghantarku ke syurga!”

Bermulalah perlawanan satu bertemu satu. Ketangkasan Ali bermain pedang akhirnya berjaya  memancung kaki Talhah lalu tersungkur ke bumi. Kesempatan itu digunakan oleh Ali untuk menamatkan riwayat Talhah. Namun  tiba-tiba Ali membatalkan niatnya. Lantas kembali ke arah tentera kaum Muslimin. 

Tindakan Ali  r.a menimbulkan tanda tanya terutama Rasulullah s.a.w. Soal Baginda,

“Mengapa tidak engkau membunuhnya, wahai Ali?”.  Jawab Ali,

“Ya Rasulullah, sewaktu aku ingin membunuhnya, aku ternampak auratnya terbuka. Lantas aku berpaling darinya dan aku malu untuk mendatanginya buat kali kedua.”

Itulah sebenarnya yang hendak disampaikan. Malu! Kerana sifat malu yang tinggi dalam  jiwa Ali, sekalipun dalam situasi antara hidup ada mati, Talhah akhirnya terselamat dari tusukan penamat pedang Ali. Semoga kita juga boleh menjadi seperti Saidina Ali terutama dalam kehidupan kita hari ini.

____________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare