PENYANYI Indonesia, Yuka Kharisma, kembali dengan single kedua berjudul Tentang Rasa terbitan Rocketfuel Entertainment:

Lebih istimewa lagi, karya tersebut dicipta indah khusus oleh suami tercinta yang juga ahli muzik dan komposer, Ahmad Jeffny.

Menurut Yuka, dia bersyukur apabila single terdahulu berjudul Melihatmu Bahagia diterima baik dan tidak sabar untuk berkongsi single keduanya itu kepada pendengar Malaysia.

“Saya bersyukur dengan penerimaan baik terhadap single terdahulu dan ramai yang terpesona dengannya.

“Bahkn ia turut mendapat perhatian ramai barisan penyanyi tanah air di TikTok,” kata pemenang kategori Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) ke-15 ini. 

Tambahnya lagi, lagu Tentang Rasa ini  telah diilhamkan beberapa tahun lalu sewaktu dirinya masih belum berkahwin yang mencari-cari arah seterusnya dalam kerjaya seninya.

“Lagu ini sudah lama saya ciptakan, bahkan sebelum saya menikah lagi. Saya sangat suka dengan lirik dan melodinya yang sangat mudah, romantik dan apa adanya. 

“Ia ibarat sebuah rasa cinta yang tulus dan murni tanpa ada maksud tersembunyi, hanya menyayangi dengan sepenuh hati.

“Tentang Rasa menceritakan tentang sebuah rasa kepada seseorang yang sangat murni, jujur, dan tulus. Di mana sepasang kekasih tersebut saling mengisi dan melengkapi satu sama lain.

“Saya memperuntukkan tempoh seminggu bagi menyiapkan lagu ini dan terima kasih buat sang suami, Ahmad Jeffny, yang banyak membantu dan turut bertindak sebagai penulis lirik dan komposer bersama,” ujarnya.

Yuka harap Tentang Rasa dapat menaikkan namanya di negara ini

Sementara itu, Yuka berharap menerusi single keduanya ini dapat mengembangkan kerjayanya serta namanya dikenali ramai.

“Semoga Tentang Rasa mampu melonjakkan lagi nama Yuka Kharisma dan terus mendapat tempat di hati pendengar muzik tempatan.

“Malaysia tempat saya mengejar impian, cinta dan cita-cita.  Kalau dulu Malaysia seperti rumah kedua, namun jujur saat ini Malaysia adalah rumah pertama saya. 

“Saya menyukai Malaysia kerana di sinilah saya temukan matlamat hidup yang sebenarnya.

“Harapan saya agar single Tentang Rasa dapat menghadirkan suasana romantis kepada sesiapa pun yang mendengarnya, serta membawa nama Yuka Kharisma lebih kuat dan dikenali,” akhirinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram