PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan kerisauan terhadap situasi banjir yang berlaku di negeri kelahiran iaitu Kuala Lipis, Pahang.

Ujar Siti, walaupun dia berada di Kuala Lumpur, namun hatinya tetap memikirkan nasib penduduk di kampung halamannya.

“Sukar nak saya gambarkan bagaimana keadaan ini tetapi inilah dugaan buat orang kampung saya, Januari lalu juga keadaannya begini.

““Keadaan jalan untuk pulang juga menyukarkan pasukan saya untuk ke sana tetapi apa yang penting adalah kami sedaya mampu akan membantu.

“Walaupun saya di Kuala Lumpur, terkekang dengan hal-hal di sini serta anak-anak saya juga tidak berapa sihat, tetapi hati saya pastinya ada di daerah Lipis,” tulisnya menerusi entri di Instagram.

Tambah pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu lagi, dia memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan serta keselamatan mangsa-mangsa yang terjejas akibat musibah banjir itu.

“Banyak kawasan terjejas, bukan hanya di bandar malah di kampung-kampung sekitar. Sekolah saya juga terjejas sama.

“Tidak kira di negeri mana, kawasan mana, semoga kita sama-sama dapat mengharungi ujian ini.

“Saya doakan agar kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan,” ujarnya.

Hujung minggu lalu, Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berganding bahu meredah banjir di sekitar kawasan lembah Klang bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram