TIGA tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya bekas madu aktres Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh selamat bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Aizam Yahya, malam tadi.

“Dengan sepenuh hati untuk kehidupan ini, Insya-Allah.

“Tak banyak yang ku pinta, hanya kekal ke syurga,” tulis Intan di Instagram.

Menerusi perkongsian video di Instaram itu, Intan atau nama penuhnya Intan Liana Saleh,35, dilihat menitiskan air mata ketika Aizam menyarungkan cincin di jari manisnya bagi acara membatalkan air sembahyang.

Pasangan itu tampak manis apabila memilih persalinan berwarna ‘peach’ sebagai melengkapkan momen bahagia itu.

Lebih istimewa lagi, dua anak lelaki Intan iaitu Arish Muqri,7, dan Ariq Muqri,4, turut menyarungkan pakaian rona sama sebagai meraikan hari bersejarah ibu mereka.

Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, ramai pengikut Intan mengucapkan tahniah serta mendoakan perkahwinannya kekal hingga akhir hayat.

Untuk info, Intan pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Ude atau Muhamad Radzi Abdul Wahid pada 1 Mac 2013.

Keretakan mahligai perkahwinan mereka menjadi hangat apabila Ude bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam majlis tertutup.

Hanya beberapa bulan bergelar madu, Intan dan Ude bercerai pada 22 Mac 2018.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram