Qaseh Health Resouces (QHR) mensasarkan 100 Jutawan Qaseh dan 1000 usahawan baru sebagai misi utama syarikat dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Menurut Pengasas Qaseh Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV) Hasniza Hassan, misi utama syarikat sempena melangkah ke tahun baru adalah bagi melahirkan 1000 usahawan baru dengan minima pendapatan RM2000 sebulan pada tahun 2022 dan membina 100 jutawan Qaseh Gold dalam tempoh 3 tahun.

“Apa yang terdetik di hati saya, bagaimana saya sebagai seorang Muslim ingin menjayakan Qaseh dengan lebih meluas, supaya dapat membawa kembali fenomena Qaseh Gold yang dulu pernah melanda negara untuk membantu lebih ramai keluarga jadi sihat dan bahagia.
“Doakan misi kami untuk melahirkan 100 jutawan QASEH dalam tempoh 3 tahun berjaya dicapai pada tahun 2024 nanti,“ kata Hasniza.
Jelasnya lagi, sebagai permulaan pihak pengurusan akan mengadakan sesi training khas untuk leaders dan team. Fokus training adalah untuk membina mindset, leadership, sales and marketing termasuk social media marketing dan personal branding serta recruitment dan pembinaan sistem agen yang lebih kukuh.

Terdahulu, Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold diadakan di Hotel Mercure Selayang sebagai meraikan kejayaan dan usaha yang dijalankan pihak agen dan stokis.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Panel Syariah Ana Global Ventures, iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan Prof. Madya. Dr. Azman Mohd Noor.
Sebanyak lapan anugerah utama dengan meraikan 117 penerima anugerah pada malam Stargavanza 2021 Qaseh Gold yang berlangsung di Hotel Mercure Selayang.