PELAKON Oktovia Manrose sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak Melaka United, Mohamad Khairul Esfan Mdisa.

Oktovia,30, dan Khairul,31, disatukan dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di ibu negara,malam semalam (Selasa).

Oktovia atau nama penuhnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman dinikahkan sendiri oleh bapa kandungnya iaitu Wan Syahman Wan Yunus atau Iwan Dangdut serta disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Menerusi laporan Gempak, majlis bertemakan dalam taman itu turut memperlihatkan pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan busana rona putih sentuhan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.

Khairul Esfan turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 dengan sebentuk cincin berlian berserta hantaran lima dulang berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Kira-kira 250 orang tetamu hadir ke majlis tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Antara rakan artis yang turut hadir meraikan hari bahagia mereka ialah pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli, Emma Maembong, Nelydia Senrose, Aprena Manrose dan Lufya.

Buat info, Oktovia pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 23 Februari 2011 dan memutuskan untuk bercerai pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 10 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram