Puding buih sengkuang delima ini memang sedap. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau pencuci mulut. Jom lihat bahan dan cara menyediakan juadah ini.

BAHAN KUAH
1 tin susu cair
2 tin air – sukat guna tin susu cair
7 sudu besar gula – ikut cita rasa
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur
2 helai daun pandan – simpul
¼ sudu kecil garam

CARA
1.Masak agar-agar serbuk bersama air, pes pandan dan gula sehingga mendidih. Apabila mendidih padamkan api dan biarkan sejuk sedikit. Ketepikan.
2.Pukul telur sehingga kembang dan gebu. Pukul terlebih dahulu putih telur sehingga kembang (kalau kita terbalikkan ia tidak tumpah). Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga kembang serta gebu.
3.Tuangkan adunan agar-agar ke dalam adunan telur dan pukul dengan mixer sehingga sebati.
4.Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan pewarna biru dan pes emulco, kacau sebati.
5.Basahkan sedikit acuan dengan air. Tuangkan adunan puding biru dan biarkan ia mengeras sedikit di bahagian atas. Kemudian tuangkan lapisan puding seterusnya dengan perlahan-perlahan supaya adunan tidak masuk ke dalam lapisan sebelumnya. Setelah puding suam, sejukkan di dalam peti ais.
6.UNTUK KUAH : Satukan ke semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Apabila sudah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Simpan seketika di dalam peti ais.
7.Hidangkan puding bersama kuah dan buah longan mengikut kreativiti anda.

Foto & Resipi: Norzila Saim (www.zila4ever.blogspot.com)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram