PENYANYI Wany Hasrita, 28,meluahkan rasa kegembiraan menyaksikan ramai rakan artis sudah membina masjid bersama pilihan hati di usia muda.

Menurut Wany, dia tidak pernah berasa iri hati melihat kebahagiaan mereka sebaliknya dia mahu memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik sebelum benar-benar bersedia berkahwin.

Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu menganggap soal jodoh semuanya sudah ditentukan oleh Allah yang maha berkuasa.

“Saya masih ada rakan-rakan seangkatan yang lain seperti penyanyi Nabila Razali dan Amira Othman yang masih memperbaiki kehidupan menjadi lebih baik.

“Bukan nak cakap kalau dah kahwin itu tak boleh perbaiki kehidupan, tidak. Cuma perkara ini berbalik pada soal jodoh juga.

“Kita nak kawal macam mana pun, susah juga. Kesudahannya, kita berserah saja pada Allah,” katanya memetik laporan Mstar.

Sementara itu, Wany turut memaklumkan nyanyian semula lagu Tragedi Cinta bersama penyanyi Tajul hanya ingin mengubat perasaan rindu para peminat.

Malah Wany juga berharap tiada pihak yang membandingkan antara mereka dengan penyanyi asal iaitu Siti Nordiana dengan Allahyarham Achik Spin.

“Kami pernah berduet bersama dan kali terakhir pada tiga tahun lalu. Tentunya ramai peminat yang menantikan kemunculan single duet terbaru kami.

“Niat kami selain untuk mengubat kerinduan peminat mendengar kami berduet lagi. Kami nak kembalikan nostalgia masa lalu. Lagu ini juga sedap didengar.

“Jangan banding-bandingkan, kerana bagi saya yang lama tetap istimewa. Kami menyanyikan semula lagu ini dengan cara dan keserasian kami tersendiri,” ujarnya lagi.

Sumber: Mstar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram