CO-OPBANK Pertama (CBP) melakar sejarah apabila tersenarai dalam Koperasi Premier Negara 2021 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Co-opbank Pertama sebelum ini telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Koperasi Terbaik Negara dalam Profil 100 Koperasi Negara 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata, pengiktirafan diberikan SKM untuk berada dalam kelompok Koperasi Premier membuktikan kemampuan CBP bagi terus mengekalkan kecemerlangan prestasi perniagaannya.

Pada masa sama, kata beliau, ia juga akan memberi manfaat kepada hampir 100,000 anggota CBP.

Khairil Anuar Mohamad Anuar

“Sebagai co-opbank syariah terunggul di Malaysia, kami akan terus komited menjadikan CBP suatu jenama korporat yang diterima dan dikenali ramai.

“Pengiktirafan usaha ini penting bagi membuktikan CBP berada pada landasan yang tepat dalam memastikan ia dapat bergerak seiring dengan institusi kewangan yang lain.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; SKM; anggota lembaga; anggota CBP serta warga kerja atas kepercayaan serta usaha yang dicurahkan selama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: CBP perkenal sistem e-janjitemu mudahkan urusan pelanggan

Mengulas lanjut, Khairil Anuar berkata, CBP sedang merangka beberapa strategi perniagaan baharu yang dapat memelihara kelestarian prestasi syarikat.

“Umum mengetahui bahawa tahun 2020 merupakan tahun yang amat mencabar bagi hampir semua perniagaan.

“Walau bagaimanapun, CBP telah berjaya mendepani cabaran ini berdasarkan pencapaian prestasi kewangan tahun 2020 yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM85.1 juta,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram