Hidangan yang dimasak sendiri di rumah bukan sahaja lebih menjimatkan, malah lebih enak. Jom cuba resipi nasi jagung yang sedap dan mudah ini.

BAHAN
3 pot beras basmathi
1 biji bawang besar – hiris
150gm isi jagung
1 cawan susu sejat
1 helai daun pandan – simpul
1 sudu besar ghee
2 sudu besar mentega
Rempah 4 sekawan (bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih

CARA
1.Cairkan mentega dan ghee dalam periuk.
2.Tumis rempah 4 sekawan, bawang besar dan bahan kisar sehingga wangi.
3.Masukkan beras dan kacau rata.
4.Masukkan susu sejat, daun pandan, jagung, garam secukup rasa dan air mengikut sukatan beras.
5.Tanak nasi sehingga masak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram