PELAKON dan model Korea Selatan, Jung Ho Yeon berkongsi kehidupan terbarunya setelah namanya menjadi fenomena dalam siri Netflix, Squid Game.

Menerusi laporan Soompi, Ho Yeon berkongsi bahawa teman lelakinya, pelakon Lee Dong-hwi sentiasa membantu meyakinkan dirinya apabila berdepan dengan tekanan, susulan drama hit tersebut.

“Hmm, apa yang Oppa (panggilan untuk lelaki) cakap dengan saya? Apabila saya berada di luar negara, dia berkata, ‘Baliklah dengan selamat. Pulang dengan sihat’.

“Dia (Dong-hwi) berkata juga, ‘bukan semua perkara akan berjaya dan tidak mengapa, asalkan pulang dengan selamat dan baik’. Ia membuatkan saya terharu.

“Kerana semua orang menjangkakan sesuatu daripada saya, saya perlu melakukan dan pastikan mahu ia berjaya. Oleh kerana jangkaan tersebut, saya hanya memberi fokus kepada perkara itu.

“Tetapi Oppa hanya berkata ‘Tidak mengapa kalau ia tidak berjaya, asalkan jaga kesihatan,” kata Ho Yeon.

Dalam pada itu, Ho Yeon turut berkongsikan pengalamannya apabila bertemu bintang heroin Spider-Man: No Way Home iaitu Zendaya ketika menghadiri anugerah berprestij ‘2021 Council of Fashion Designer of America Awards’.

HOLLYWOOD, CALIFORNIA – JUNE 26: Zendaya attends the Premiere Of Sony Pictures’ “Spider-Man Far From Home” at TCL Chinese Theatre on June 26, 2019 in Hollywood, California. (Photo by Glenn Francis/Pacific Pro Digital Photography)

“Pertemuan saya dengan Zendaya sangat selesa. Zendaya adalah seorang bintang bagi saya dan seseorang yang saya tidak dapat dekati.

“Saya agak malu untuk menyapanya, tetapi dia mendekati saya dan kami sempat berbual. Ketika itu saya tertanya-tanya sama ada ia adalah realiti atau saya sedang bermimpi. Kemudian, Zendaya menjemput saya ke set penggambaran ‘Euphoria’.

“Kami berbual tentang apa yang kami makan dalam kehidupan seharian. Semasa kami berbual, saya terfikir ‘ada sebab mengapa orang ramai suka Zendaya’. Dia mmpunyai aura untuk membuat orang rasa selesa,” ujar Ho Yeon.