Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak haruslah sihat dan sentiasa bersifat dua hala. Ibu bapa seharusnya mewujudkan rutin bersembang dengan si kecil sedari bayi lagi walaupun mereka tidak memahaminya, ia bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan yang terbina.
Menurut perkongsian Hanis Hafizah, membesarkan kanak-kanak memerlukan sokongan ramai.
Kadang kala tip kekeluargaan yang dikongsikan bukan sahaja sebagai panduan untuk anak-anak, namun ada kalanya ia berupaya merawat luka lama seseorang individu itu.
“Bila tengok video ni, teringat perbualan antaraku dan adik perempuanku. Aku memesannya untuk selalu bersembang dengan anaknya.
“Tapi dia kecik lagi. Dia tak faham pun,”
“Tak apa. Sembang ja. Layan ja macam dia faham. Hang nak ka dia besar nanti dia tak mau bersembang apa-apa dengan hang?”
“Tak mau.”
“Jadinya mula sekarang. Sembang dengan dia.”
Benar, aku tak ada anak lagi. Tapi aku suka baca berkenaan parenting skill. It takes a village to raise a child. Maksudnya untuk membesarkan seorang kanak-kanak memerlukan sokongan ramai, bukan sekadar ibu bapa, keluarga besar, jiran, masyarakat.
Aku mungkin tak ada anak lagi, tapi aku punya anak saudara-saudara, anak kawan-kawan, anak murid, dan semua kanak-kanak aku lihat sebagai seorang anak kecil yang tetap perlukan sokongan walau apapun.
Dan kadang-kadang aku rasa parenting skills bukan sahaja untuk anak-anak, kadang applicable sahaja kepada orang dewasa yang inner childnya terluka. Wounded inner child, yang maksudnya ketika kecil, dia mempunyai trauma yang tidak sepatutnya sebagai seorang kanak-kanak, dan membesar sebagai orang dewasa yang juga punya ada ketikanya tantrum. (Ah, aku malas nak tulis panjang pasal ni. Kau carilah sendiri bacaan mana-mana)
Topik yang sama aku pernah bualkan bersama seorang temanku. Dia bercerita keluarganya dibesarkan dengan cara begitu. Dari kecil sentiasa bersembang. Sehinggakan abangnya ketika sekolah pukul murid lain juga ketika balik ke rumah memberitahu ayahnya, dia memukul orang.
Take note, memberitahu. Bukan mengaku ya. Maksudnya, dia memberitahu terlebih dahulu tanpa disuruh.
Ini adalah level komunikasi keluarga yang sangat bagus. Tidak ramai keluarga yang punya level komunikasi seperti begini.
Jadinya kunci utama, bersembanglah dengan anak dari kecil. Layan mereka seperti mereka orang yang cerdik, bukan layan seperti orang dewasa tetapi sebagai orang yang cerdik. Ada beza tu.”
Sumber : Hanis Hafizah

