Sedapnya kerabu taugeh daun selom ni. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba.

BAHAN
1 ikat daun selom – hiris halus
1 biji bawang besar- mayang
1 biji limau nipis – ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
Kelapa parut secukupnya – disangai
Taugeh secukupnya – dicelur

BAHAN TUMBUK
½ inci belacan – dibakar
1 tangkai lada merah
2 sudu besar udang kering

CARA
1.Masukkan daun selum, taugeh dan kelapa parut ke dalam bekas.
2.Masukkan bahan tumbuk dan gaul sehingga semua bahan mesra.
3.Masukkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam. Gaul sebati.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram