viva
Tangkap layar akaun rasmi abang Viva.

BELUM pun cukup 24 jam akaun TikTok rasmi abang Viva viral, Azwan Omar, 29, dibuka, ia telah diserbu peminat tegar “Hero Malaya” itu yang sememangnya menanti-nantikan kehadirannya di platform media sosial tersebut.

Akaun yang dibuka secara rasmi lewat malam tadi itu, bermula dengan 1,634 followers menjelang tengah malam dan terus meningkat kepada 15,200 kira-kira dua jam kemudian.

Pukul 10 pagi ini, ia terus meningkat menjadi 45,000 followers dan sudah menerima lebih 17,000 tanda suka daripada netizen.

Azwan yang dijulang sebagai wira tidak didendang kini masih berada di Pahang pagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu.

Dia sebelum ini tular selepas membantu menyelamatkan penduduk-penduduk sekitar Shah Alam yang terjejas akibat banjir besar baru-baru ini.

Kisahnya menjadi bualan warga maya sehingga memberikan jolokan abang Viva viral.

Baca artikel berkaitan: Berbekal RM50, bawa bot atas Viva – Kisah mulia Azwan Omar bantu mangsa banjir

Abang Viva viral kini di Pahang, titip pesan supaya orang berkemampuan bantu mangsa banjir

‘Ya, itu memang nombor akaun saya’, kata abang Viva viral, tidur di dalam kereta sepanjang berada di Pahang

Abang Viva viral masih bujang dan ‘single’, jaga 2 orang anak buah selepas kakak meninggal dunia

Dalam sesi siaran “LIVE” menerusi akaun TikToknya lewat malam tadi, ramai mengajukan pelbagai soalan kepada Azwan termasuk mengenai hasrat seorang usahawan kosmetik yang ingin memberikan sebuah kereta padanya.

Azwan yang menjawab soalan itu mengatakan, dia belum memutuskan sama ada ingin menerima pemberian tersebut.

“Tengok nanti, saya belum putuskan,” katanya ketika sesi “LIVE” itu.

Antara soalan lain yang dijawab Azwan adalah mengenai berapa lama lagi dia akan berada di negeri Pahang untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Azwan kini dalam misi solo membantu mereka yang terkesan dengan memberikan bantuan dan sebelum ini pernah menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Malah dia mengatakan akan membuat laporan polis jika ada pihak tidak bertanggungjawab bertindak menggunakan namanya bagi meraih simpati atau mengumpul dana.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram