CO-OPBANK Pertama (CBP) menyasarkan tambahan sebanyak 2,000 akaun Simpanan-i Salam MyStar dibuka pada tahun 2021-2022.

CO-OPBANK Pertama (CBP) menyasarkan tambahan sebanyak 2,000 akaun Simpanan-i Salam MyStar dibuka pada tahun 2021-2022.

Baharom Embi

Pengerusinya, Datuk Baharom Embi berkata, pembukaan akaun itu adalah untuk mereka yang berusia 18 tahun ke bawah dalam memupuk semangat menabung pada usia muda.

Menerusi pembukaan akaun serendah RM20 tersebut katanya, pendeposit akaun Simpanan-i Salam Mystar yang berusia 18 tahun ke bawah secara automatik akan menjadi Ahli Kelab MyStar.

“Kelebihan yang akan diperolehi oleh Ahli Kelab MyStar ini adalah, ahli dapat menerima potongan harga daripada rakan kerjasama strategik CBP.

“Pada ketika ini, CBP telah bekerjasama dengan Penang Bird Park dimana ahli diberi kemasukan percuma dan juga Kedai Salim Wahab yang memberi potongan harga sehingga 15 peratus.

“CBP juga merancang untuk menambah lagi beberapa rakan kerjasama strategik dalam memberi keistimewaan dan manfaat kepada ahli kelab MyStar,” katanya.

Beliau erkata demikian ketika ditemui di program Touch-Point CB- Prihatin di Sungai Petani, hari ini.

Baharom berkata, selain memfokuskan kepada keluarga daripada golongan B40, CBP turut mengadakan program ‘Back To School’.

Menerusi program itu katanya, CBP membuka akaun simpanan-i Salam kepada 50 orang pelajar dengan jumlah RM200 seorang.

“Bagi menjayakan program ini, CBP telah memperuntukkan RM300,000 bagi menjayakan program Back To School ini,” tambah beliau.

Menerusi program Touch-Point, Anggota Lembaga (ALK) CBP telah turun padang dalam menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kotak makanan asas kepada keluarga B40.

Objektif program Touch Point ini adalah bagi menyediakan bekalan makanan asas dan juga sedikit sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan B40 yang menetap dalam lingkungan berhampiran dengan cawangan CBP.