PELAKON veteran, Fauzi Nawawi mengakui bahawa dirinya terkilan dengan tindakan pihak stesen televisyen (TV) yang menolak namanya tanpa sebarang kenyataan susulan insiden dirinya yang lantang bercerita mengenai isu rogol ketika menjadi tetamu di sebuah program temu bual.

Menurut Fauzi, stesen TV tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menjelaskan kesalahannya sehingga namanya disenarai hitam.

“Sejujurnya saya rasa terkilan dan kecewa apabila nama saya banyak kali ditolak pihak stesen TV itu. Sebelum ini, tak pernah pun nama ditolak.

“Kalau sebab watak tak sesuai, saya faham. Tapi ini nama kena ‘reject’ tanpa diberitahu apa kesalahan saya.

“Kalau betul pihak mereka nak ‘banned’ nama saya disenarai hitam, boleh la saya rujuk KKMM atas dasar akta apa saya kena ‘banned’,” ujar Fauzi menerusi sebuah laporan mStar.

ARTIKEL BERKAITAN : “Saya mohon maaf atas kesilapan ayah saya”- Anak Fauzi Nawawi mohon netizen hentikan makian , [VIDEO] Kongsi cerita babak rogol Anak Halal, Fauzi Nawawi tiada niat malukan Raja Farah

Pelakon yang terkenal menerusi telefilem Taubat Nasuha ini turut berkongsi perkembangan terbarunya yang kini mencari peluang rezeki di Sabah bagi menampung kehidupan keluarganya.

“Saya tak nak bergantung rezeki kepada orang. Bukan bermaksud saya tarik diri daripada bidang lakonan, tapi saya nak cuba cari peluang lain.

“Apabila nama saya asyik kena ‘reject’ stesen TV, saya rasa sudah tiba masa saya bawa diri dan cuba bidang lain. Jadi, saya buka sebuah kedai di Sabah.

“Buat masa ini, saya berulang-alik. Insya-Allah, saya percaya pada rezeki. Saya kena buat kerja lain sebab ada keluarga dan anak-anak masih bersekolah,” katanya.

Pada Oktober lalu, URTV melaporkan berita mengenai Fauzi,48, memohon maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan suaminya susulan penularan video membabitkan perkongsian cerita babak rogol dalam filem Anak Halal ketika menjadi tetamu dalam sebuah program TV.

SUMBER: mStar https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/12/30/fauzi-nawawi-syak-kena-gam-stesen-tv-gara-gara-lawak-rogol-rezeki-lakonan-tersekat-nama-asyik-kena-reject