Sedapnya mi tumis ikan ni. Bagi yang buntu nak masak hidangan apa hari ini, boleh cuba resipi yang mudah dan enak ini. Pasti puas hati.

BAHAN
1 kg mi kuning – celur
50 gm isi ikan
3 batang daun sawi Cina
1 tangkai cili merah – hiris
Sedikit bawang goreng

BAHAN KUAH
3 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
3 cm halia – hiris
1½ sudu kecil cili kisar
1 liter air
Minyak untuk menumis
Garam

BAHAN TAMBAHAN
Sedikit cili padi
Sedikit kicap
Sedikit sos cili

CARA
1.KUAH : Panaskan minyak, tumis bahan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
2.Masukkan cili kisar, kacau seketika.
3.Kemudian masukkan pula air, biarkan mendidih.
4.Selepas itu, bolehlah masukkan ikan. Kacau seketika dan biarkan mendidih.
5.Masukkan sayur sawi, kacau rata,
6.Akhir sekali, masukkan garam. Sebatikan rasa. Biarkan mendidih.
7.Hidangkan mi dan taburkan dengan bawang goreng. Untuk lebih sedap, kicap cili dan sos cili.

Resipi : Maizon, Balik Pulau, Pulau Pinang


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram