PENYANYI kumpulan Indigo, Bad tetap optimis dalam meneruskan kehidupan meskipun berdepan masalah kencing manis sehingga menyebabkan lima jari kakinya terpaksa dipotong.

Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah yang kini terpaksa berjalan menggunakan ‘walker’ berkata, dia kini masih menerima rawatan bagi memastikan tidak terkena sebarang jangkitan.

“Saya masih dalam proses menerima rawatan susulan untuk pastikan tiada jangkitan. Selepas habis luka ni tertutup barulah saya akan belajar berjalan semula.

“Selepas itu baru fikir sama ada nak pakai jari kaki palsu atau tidak kerana kosnya agak tinggi… yang penting saya nak berjalan semula,” ujarnya menerusi laporan mStar.

Pada Mac lalu, Ashira Aziz dan Bad Indigo sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN : “Bad tak suruh kerja, saya bosan duduk rumah…” – Ashira sangkal kerja cuci pinggan di restoran sebab terpaksa cari duit

Baru-baru ini juga, Ashira tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai yang mendakwa dia terpaksa bekerja demi menampung kos perbelanjaan rumah selepas suaminya mengalami masalah kesihatan.

Namun Ashira memberitahu bahawa keputusannya untuk bekerja sebagai pencuci pinggan dan pelayan di sebuah restoran adalah kehendaknya sendiri dan bukan dipaksa oleh sesiapa.