sup tulang

Ini cara masak sup tulang yang sedap. Comfirm ulang makan banyak kali. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama nasi. Jom lihat bahan dan cara penyediaan.

BAHAN
1 kg tulang lembu – rebus hingga empuk
1 biji tomato – potong dadu
1 batang daun saderi – hiris kasar
4 tangkai cili padi
2 biji limau nipis
Air secukupnya
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit bawang goreng
Garam

BAHAN TUMISAN

2 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang putih – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
2 cm halia – hiris
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 paket sup bunjut

BAHAN TUMBUK KASAR
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

CARA
1.Reneh tulang bersama bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia yang telah ditumbuk kasar di dalam periuk. Reneh sehingga daging empuk. Ketepikan seketika.
2.Panaskan minyak, tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau dan garing.
3.Tuangkan bahan tumisan ke rebusan tulang. Reneh sehingga tumisan sebati.
4.Masukkan batang saderi, tomato dan garam secukup rasa.
5.Suaikan rasa, dan hidangkan bersama hirisan daun sup, daun bawang, cili padi, bawang goreng dan perahan limau nipis.

Resipi: Zailani Abd Rahman, Pasir Mas, Kelantan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram