PEGAWAI kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa terlibat dalam kes salah guna kuasa serta penyelewengan berhubung kehilangan wang berjumlah AS$6 juta (RM25 juta) dijangka dihadapkan ke mahkamah esok.

Memetik laporan Malaysiakini, SPRM telah membuat jemputan media selepas menerima kebenaran mendakwa pegawai itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Laporan tersebut menyemak sumber SPRM turut mengesahkan ia membabitkan kes kehilangan wang RM25 juta tersebut.

Bagaimanapun, sumber SPRM enggan mendedahkan butiran lanjut pertuduhan terhadap suspek.

Sumber tersebut memberitahu Malaysiakini, suspek yang akan didakwa esok merupakan satu daripada tiga individu yang ditahan, September lalu.

Suspek juga telah disiasat polis berhubung dakwaan mengedar dadah dan kesalahan berkaitan Akta Senjata Api.

Baca artikel berkaitan: Tiga pegawai SPRM ditahan salah guna kuasa, penyelewengan

September lalu, SPRM mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

Dalam kenyataan, SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September lalu.

Isu penahanan tiga pegawai SPRM itu mula diperkatakan apabila sebuah portal mendedahkan perkara berkenaan dengan mendakwa wang tersebut adalah milik bekas Ketua Pengarah Perisikan, Datuk Hasanah Abdul Hamid yang dirampas oleh agensi tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram