keli salai masak pecal

Sedapnya keli salai masak pecal ni. Resipinya sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan keli salai
500 gm santan pekat
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
10 gm cekur
1 sudu belacan
2 cm lengkuas
2 cm halia
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur, belacan, lengkuas dan halia.
2.Kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan.
3.Selepas itu, masukkan santan, gula dan garam.
4.Apabila gulai sudah mendidih, masukkan ikan keli salai dan kacau perlahan-lahan selama 5 minit. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Pesan SAJI: Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.

Resepi: Murad Hadani


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram