sakit jantung
Pemandu lori yang mengalami serangan jantung sebelum melanggar tiga buah kenderaan di Sungai Buloh semalam.

KECOH hari ini di media sosial mengenai satu video pendek yang dimuat naik seorang wanita mendakwa pemandu lori “mabuk” melanggar beberapa buah kereta dalam satu kejadian di Sungai Buloh semalam.

Dalam video itu, wanita tersebut berulang-ulang kali mengatakan pemandu lori itu mabuk, sedangkan jelas kelihatan pemandu itu tercungap-cungap selepas mengalami serangan jantung.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh, semalam.

“Kita mengesan satu video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki terbabit kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga kenderaan.

“Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan.

“Pada pukul 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat serangan jantung atau myocardial infarction,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel berkaitan: ‘Pakai dulu, baru jual’, kata Amerrul Hakimi pemenang cabutan bertuah, Ford Mustang

@utusantvofficial #alfatihah, salam takziah buat keluarga arwah. Min minta maaf sengaja tak blur muka untuk anda nilai sendiri tuduhan wanita tersebut. #fyp #foryou #viralnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ Sad Music – Max-Music

Rata-rata netizen berang dengan sikap wanita yang memuat naik video berkenaan yang sepatutnya terlebih dahulu memberikan bantuan dan bukan menuduh secara membuta tuli.

“Tukang rakam fitnah dekat arwah, tapi Allah bersihkan nama arwah kejap je,” tulis @ronaldin313.

“Pakcik tu dah meninggal perempuan tu nak minta maaf kat sape…ko tanggunglah perempuan.. lin kali tanye paakcik sakit ker…ni x ko terus tuduh,” kata @hujanpaanasaakuredah.

“Menyesal seumur hidup nnt kak…arwah dah x de,” kata @noreen.

Dalam pada itu, Shafa’aton berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Shafa’aton turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi menghormati waris mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram