daging masak hitam

Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi daging masak hitam yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom cuba!

BAHAN
1 kg daging sirloin/ batang pinang – potong kecil
4 ulas bawang putih – kisar
8 ulas bawang merah – kisar
2 cm halia – hiris nipis
4 sudu besar kicap pekat
6 sudu besar serbuk jintan manis
6 sudu besar serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk ketumbar
4 batang serai – titik
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
100 ml air
4 sudu besar minyak masak

CARA
1.Tumis bawang putih, bawang merah yang dikisar bersama, halia, serai, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
2.Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar.
3.Diikuti dengan kicap pekat dan air.
4.Masukkan daging dan kacau rata sehingga daging empuk.

PESAN SAJI : Daging sirloin boleh ditukar kepada daging batang pinang jika suka.

Resepi: Cef bankuet & katering Hotel Royal Kuala Lumpur, Muhamad Rasek Ariffin

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram