sup cendawan

Sedapnya sup cendawan ni. Bagi yang buntu hendak masak apa hari ini, apa kata cuba resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini. Selamat mencuba!

BAHAN
200 gm cendawan shiitake – hiris nipis
1 labu bawang besar – potong dadu
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 kiub stok ayam
4 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar mentega
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit minyak

CARA
1.Tumis bawang putih dan bawang besar dalam periuk sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan cendawan shiitake dan kacau sehingga cendawan lembut sedikit.
3.Masukkan air, stok ayam, tepung jagung dan mentega. Kacau sebati.
4.Angkat dan masukkan dalam pengisar dan kisar sehingga hancur.
5.Masukkan semula ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Kacau sebati.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram