manusia dibangkitkan dengan tulang ekor

Proses kejadian manusia yang dibangkitkan kembali melalui tulang ekor dinyatakan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a. dengan katanya,

Baginda s.a.w. bersabda, “Jarak antara dua tiupan adalah empat puluh”. Orang ramai bertanya, “Wahai Abu Hurairah, empat puluh hari?” Abu Hurairah menjawab, “Aku tidak tahu” mereka bertanya lagi, “Empat puluh bulan?” Dia menjawab, “Aku tidak tahu”.Empat puluh tahun?” Tanya lagi mereka dan dijawab, “Aku tidak tahu”

Kemudian turunlah air dari langit lalu mereka (penghuni kubur) tumbuh seperti tumbuhnya sayuran. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak satu pun tubuh anggota manusia hancur kecuali satu tulang sahaja iaitu tulang ekor. Dan dari tulang itulah penciptaan (tubuh manusia) disusun kembali pada hari kiamat.” HR Muslim

Perihal tentang tulang ekor yang dinyatakan Baginda s.a.w. menunjukkan bahawa manusia tidak dibangkitkan dengan secara tiba-tiba lengkap tubuh anggotanya, tetapi ia seperti sepohon pokok yang tumbuh membesar dari biji benih.

Secara dasar, bangkitnya manusia di padang Mahsyar dari satu tulang yang dipanggil tulang ekor telah dibincangkan oleh kebanyakan ulama dan ahli perubatan. Selain daripada hadis yang dinyatakan di atas, terdapat lagi hadis lain yang membicarakan tentang tulang ekor, contohnya hadis dari Abu Hurarirah r.a. yang menyebutkan, Baginda s.a.w.  mengatakan,

Setiap anak Adam akan dimakan oleh bumi kecuali dipanggil satu tulang namanya Ajbuzanbi. Dari tulang itulah manusia dicipta dan dari tulang itulah manusia akan dibangkitkan di hari kiamat nanti”.

Asalnya Hanya Sebesar Biji Sawi

Dalam matan hadis yang lain pula, para sahabat bertanya “Apakah itu ajbuzanbi?” maka dijawab Baginda s.a.w. “Ia seperti biji sawi iaitu terlalu kecil bentuknya”

Tail bone atau tulang ekor adalah bahagian tubuh manusia yang tidak hancur hingga kiamat bertujuan untuk membangkitkan manusia di akhirat kelak

Justeru keadaannya yang terlalu kecil seperti biji sawi, para ulama tafsir menyebutnya sebagai ‘azmu ‘as-‘as yang terletak di hujung tulang sulbi, di mana pembentukan janin bermula dari situ.

Imam Nawawi menyatakan, ajbuzanbi adalah tulang lembut yang terletak di bawah tulang sulbi. Dari tulang itulah penciptaan pertama makhluk keturunan Adam a.s. ketika proses persenyawaan berlaku dalam rahim, tulang tersebut akan mula terbentuk, mengembang dan akhirnya menjadi sebahagian dari tubuh manusia.

Walau bagaimana pun terdapat juga beberapa ulama yang berbeza pandangan. Mereka beranggapan tulang tersebut tidak ada, manakala hadis yang menyebut tentang tulang ini hanyalah bersifat majaz (perumpamaan) dan bukannya hakikat.

Menurut Ibnu Aqil dari Ibnu al-Jauzi, tulang yang disebutkan oleh Baginda s.a.w. adalah menjadi rahsia Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu di mana kedudukannya. Pendapat yang hampir sama turut dilontarkan oleh az-Zana yang menyifatkan tulang tersebut tidak ada kerana lafaz illa (kecuali) dalam hadis yang disebutkan Baginda s.a.w. “Setiap anak Adam akan dimakan oleh bumi (kecuali) dipanggil satu tulang namanya ajbuzanbi” membawa konotasi wa (dan).

Artikel berkaitan: Ajbuzanbi dibakar direbus dengan suhu tinggi tidak hancur bukti kekuasaan Allah s.w.t.

Oleh itu, apabila lafaz ini dimaksudkan sebagai (dan), pengertian yang lebih jelas tulang tersebut turut hancur dimakan tanah bersama dengan tubuh anak Adam. Dan pendapat ini yang digunakan oleh pakar-pakar perubatan yang tidak menemui tulang tersebut setelah melakukan kajian terhadap mayat.

____________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare