ajbuzanbi tidak hancur dibakar

Sememangnya apabila kembali kepada sabda Baginda s.a.w. yang menyatakan tulang ekor sebesar biji, sudah tentu sukar untuk dilihat melalui mata kasar. Bukan tidak ada kajian tentang wujudnya tulang ini, bahkan seorang pengkaji dari Jerman telah membuktikan kebenaran daripada hadis Baginda s.a.w. melalui kajiannya pada tahun 1935.

Han Spemann yang memperoleh hadiah Nobel melalui kajiannya terhadap tulang itu bersetuju bahawa asal kehidupan makhluk termasuk manusia adalah berasal dari tulang tersebut. 

Dalam pengkajiannya, dia telah memotong tulang ekor dari beberapa ekor haiwan melata lalu mengimplementasikan ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya tulang ekor ini tumbuh sebagai janin kedua dalam janin tuan rumah. Dia menamakannya dengan “the primary organizer

Dalam kajiannya yang lain, dia telah menghancurkan tulang ekor tersebut dengan menumbuk dan merebusnya dengan suhu panas yang tinggi dalam waktu yang lama. Setelah menjadi serpihan halus ia cuba mengimplementasikan tulang tersebut pada janin lain yang masih dalam tahap permulaan embrio.

Hasilnya cukup mengejutkan. Tulang ekor itu tumbuh dan membentuk janin sekunder pada organ tamu (guest body) sekalipun telah hancur dan dipanaskan dengan suhu yang tinggi.

Begitu juga kajian yang dilakukan oleh Dr. Ustman al-Djailani dan Syaikh Abdul Majid yang melakukan kajian terhadap tulang sulbi pada tahun 2002 di Yaman. Mereka memanggang tulang sulbi dengan suhu yang tinggi selama sepuluh minit sehingga tulang tersebut berubah menjadi hitam pekat.

Artikel Berkaitan: Manusia tidak dibangkitkan secara tiba-tiba dengan tubuh yang lengkap di akhirat tetapi melalui ajbuzanbi

Kemudian potongan tulang itu diletakkan dalam kotak steril dan dibawa ke makmal analisa milik Dr. al-Olaki iaitu makmal yang terkenal di Sanaa Yaman. Dr. al-Olaki merupakan seorang profesor dalam bidang Histologi dan Pathologi di Universiti Sanaa.

Dr. Olaki telah menganalisis potongan tulang tersebut dan mendapati sel-sel yang terkandung dalam tulang tersebut masih dalam keadaan baik. Bahkan lebih menakjubkan, sel-sel tulang sulbi seakan tidak terkesan langsung dengan suhu kepanasan yang tinggi itu.

Ini membuktikan apa yang disabdakan Baginda s.a.w. pada 1400 tahun yang lalu itu adalah benar.

Satu masa nanti manusia akan dibangkitkan melalui tulang ekor

Akan Kami tunjukkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami pada alam dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas bagi mereka bahawa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhan mu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?”  (Surah Fussilat : 53).

Segala Hidupan Bermula Dari Tulang Ekor

Dari itu dapat disimpulkan terdapat tiga titik penting berkaitan tulang ekor ini, pertama, manusia sememangnya dicipta dari tulang tersebut. Kedua, Allah menjadikan tulang tersebut tidak hancur walau ditanam sekian lama untuk melalui proses yang ketiga, di mana manusia yang akan dihidupkan kembali nanti sesudah kiamat melalui tulang itu juga.

Ini bersandarkan pada firman Allah s.w.t. surah Yaasin ayat 78-79,

Dan Dia membuat perumpamaan bagi Kami dan melupakan asal kejadiannya, dia berkata, “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh?” Katakanlah (wahai Muhammad) “Yang akan menghidupkannya ialah (Allah) yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk”

Dan dalam matan dari hadis yang lain, dinyatakan tentang tulang ekor akan berjalan pada hari kiamat nanti. Para ulama mentafsirkan perkataan (berjalan) ialah proses kejadian manusia pada ketika itu sama sebagaimana kejadian manusia sebelum kiamat.

Dari tulang yang sebesar biji sawi ini, ia akan membesar membentuk janin kemudian bayi, sehinggalah ia berkembang menjadi dewasa dalam tempoh masa tertentu. Bermakna kebangkitan manusia bukanlah sebagaimana yang kita selalu gambarkan bangkit dalam keadaan terus dewasa, tetapi melalui proses sama seperti sepohon pokok yang tumbuh melalui biji benih. Wallahu a’lam

______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare