spageti bolognese

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Apa kata tukar selera dan cuba resipi spageti bolognese ini. Rasanya sedap dan sesuai dinikmati seisi keluarga.

BAHAN
200gm spageti – rebus
180gm daging kisar
580g tomato
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil lada hitam
2 helai daun bay
1 biji lobak merah – kisar kasar
2 biji bawang holand – kisar kasar
4 batang celery – kisar kasar
Stok daging secukup rasa
Stok ayam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun

CARA
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, daun bay, oregano dan lada hitam sehingga wangi.
2.Masukkan lobak merah, bawang holand dan celery dalam tumisan.
3.Masukkan daging kisar dan gaul sebati.
4.Masukkan tomato coulis, stok daging dan stok ayam. Kacau dan biarkan mendidih.
5.Apabila kuah agak pekat, perasakan dengan garam secukup rasa.

Resepi: Cef Shauqi Abd Rahman


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram