Terdapat cara penyimpanan yang betul untuk memanjangkan jangka hayat beras. Tidaklah baru sahaja beli, sudah dipenuhi kutu.

Menurut perkongsian Aqilah Nor, beras yang dibeli perlu ditukar daripada paket asal kepada bekas kedap udara kerana plastik terdedah kepada ancaman kerosakan seperti serangga, roden dan oksigen.

“Nasi adalah makan ruji orang Malaysia,

Kalau sehari tak dapat makan nasi,

Kata orang Malaysia, tak sempurna hidup.

Tahukah anda bahawa beras boleh disimpan sehingga 20 tahun?

Ada kaedah yang dikongsikan oleh Mat Salleh untuk memanjangkan jangka hayat beras.

Beras yang dibeli, perlu ditukar penyimpanannya dari plastik pembungkus asal ke dalam bekas kedap udara kerana plastik terdedah kepada ancaman kerosakan seperti serangga, roden, oksigen.

Pembungkus asal beras bersifat ‘short term storage’.

Perlu cari bekas/botol yang kedap udara.

Kalau botol, perlu penutup yang jenis pulas. Bukan ‘flip’.

Boleh kitar semula botol air mineral.

Atau gunakan tong putih yang versi kedap udara.

Tong ini saya beli dari kedai bakeri,

Tong kitar semula punya,

Jadi, harga murah sedikit.

Elakkan menggunakan tong yang digunakan untuk menyimpan bahan kimia seperti cat sebab kita nak simpan bahan makanan, nanti residu  bahan kimia boleh masuk ke dalam beras.Kalau ada mesin vakum makanan, boleh vakum beras di dalam plastik vakum.

Kalau ada pek beras kecil-kecil, mudah untuk diangkut dalam BOB.

Jika disimpan beras ke dalam botol/tong, letakkan oxygen absorber di bahagian dasar bekas.

Fungsinya nak serap oksigen yang ada kerana oksigen dapat memendekkan jangka hayat beras.

Beras yang disimpan di dalam botol air mineral jenis lutsinar perlu di ‘seal’ penutupnya dengan selotape. Kemudian simpan di tempat gelap dan kering contohnya di dalam kotak.

Botol boleh dilabel dengan tarikh belian beras.

Ada jenis beras yang mudah diserang bubuk,

Dan masa beli di pasaraya,

Ada yang beras sudah ‘dijangkiti’ dengan telur serangga,

Bila kita simpan beras tersebut, telur pun menetas dan beras pun rosak.

Yang ini memerlukan kaedah rawatan awal membunuh kutu beras atau telurnya sebelum membuat penyimpanan.

Ada banyak petua yang dikongsi, mungkin ada kawan-kawan yang boleh kongsi tipsnya..

Sementara ada ruang dan rezeki nak menyimpan beras, buatlah pelan-pelan.

Jika mampu, setiap kali beli  beras untuk kegunaan bulanan, beli 1-2 ekstra kampit beras sebagai stok.

Kaedah simpan beras dalam botol/tong sesuai untuk persediaan bagi Bug-In,

Jika perlu Bug-Out, beras di vakum lebih mudah dibawa.”

Sumber : Aqilah Nor