Ayam masak merah sememangnya adalah lauk yang menjadi kegemaran ramai dan enak dimakan bersama nasi putih atau nasi minyak. Jom cuba resipi ayam masak merah yang dikongsi oleh Datuk Cef Ismail ini.

BAHAN
½ ekor ayam – dipotong sederhana kecil
½ labu bawang besar – hiris
1 senduk minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai – dititik

BAHAN KISAR
1 biji tomato saiz besar
15 tangkai cili kering – buang biji dan rebus
2cm halia
2 ulas bawang merah
½ labu bawang besar

CARA
1.Goreng ayam ¾ masak
2.Cincang kasar bahan kisar dan kisar menggunakan mesin pengisar sehingga halus.
3.Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
4.Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
5.Masukkan ayam, sos tiram dan serai. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram