Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad GAMBAR: Abd Razak Aid

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Jumaat lalu selesai menjalani prosedur perubatan elektif, semalam.

IJN dalam kenyataan memaklumkan, prosedur perubatan elektif itu telah dijalankan sepasukan doktor dari IJN dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut IJN, prosedur tersebut telah berjalan dengan lancar dan berlangsung sebagaimana dirancang.

“Dr. Mahathir ketika ini sedang dalam proses pemulihan. Beliau sedar sepenuhnya dan bersemangat tinggi.

“Berdasarkan perkembangan klinikal semasa, beliau dijangka dibenarkan keluar dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tun Mahathir dimasukkan ke IJN, jalani prosedur perubatan elektif

Mengulas lanjut, IJN memaklumkan, Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan beliau.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Langkawi itu sekali lagi dimasukkan ke IJN, hanya 16 hari selepas keluar daripada pusat perubatan itu, bulan lalu.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dimasukkan ke IJN kerana perlu menjalani prosedur perubatan elektif.

Tiada pelawat dibenarkan melawat beliau ekoran prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa ketika ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram