cili

BIARPUN rasanya pedas dan merupakan bahan utama dalam masakan, ramai yang tidak mengetahui akan khasiatnya. Di sebalik rasa pedas itu terkandung pelbagai rahsia yang perlu anda tahu tentang cili.

Cili kaya dengan vitamin A, B, C kompleks, protein, karbohidrat dan karoten. Dalam cili terkandung satu enzim capsaicin yang boleh melawan penyakit ulser dan barah.

Ramai berpendapat bila kita sakit perut, sebaiknya elakkan makanan yang pedas kerana ia boleh menambah sakit. Tetapi pendapat itu bertentangan dengan satu kajian, kerana mereka percaya cili dapat merawat sakit perut dan bukan menambah sakit perut.

Selain itu cili juga boleh menyembuhkan bisul dan luka dengan menempelkan daun cili yang dilumatkan pada bisul dan luka atau kurap. Jika anda mengalami sakit sendi, sengal otot, ambil daun cili dan layurkan, kemudian tekap pada bahagian yang sakit.

Cili juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, iaitu dengan meminum air rebusan akarnya.

Lada benggala yang dikategorikan sebagai cili juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Lada yang berwarna merah, hijau dan kuning ini mempunyai rasa yang manis dan boleh dipelbagaikan dalam masakan.

Selain dimakan mentah sebagai sayuran dalam salad, ia juga boleh dimasak. Kandungan khasiat yang terkandung dalam lada benggala ialah, vitamin C, A, E, P, B1, B2, solanin, protein dan karoten.

Lada yang berwarna merah mengandungi vitamin C yang tinggi berbanding lada berwarna hijau dan kuning. Lada berwarna kuning lebih manis dan lada berwarna hijau agak pahit berbanding yang lain.

Ia lebih berkhasiat jika dimakan mentah dan khasiat yang akan diperolehi ialah, baik untuk mata, kulit, melawan jangkitan, menurunkan tekanan darah rendah, mengurangkan kolestrol dan membakar banyak kalori, menyembuhkan demam, mengurangkan berat badan serta membantu sistem penceranaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram