tilapia tumis taucu

Bagi penggemar hidangan berasaskan ikan, boleh cuba resipi tilapia tumis taucu ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN
2 ekor tilapia | goreng garing
5 tangkai cili padi | belah dua
1/2 cawan tauhu | cuci dan tus
5 cm halia | hiris
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawnag putih | hiris
2 labu bawang besar | hiris bulat
1/2 cawan air asam jawa
Gula dan sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing.
  2. Masukkan taucu dan air asam jawa.
  3. Biarkan mereneh.Kemudian masukkan cili belah, bawang besar, gula dan garam.
  4. Setelah mendidih masukkan ikan dan gaul rata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram