Resipi pepahat lemak ketumbar ini memang sedap. Jom cuba resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini.

BAHAN KISAR
9 tangkai cili padi hijau
2 sudu kecil jintan manis
1 labu bawang besar
5 biji buah keras

BAHAN LAIN
100 gm batang ketumbar |bahagian bawah
4 hiris lengkuas
2 batang serai | ketuk
4 keping asam gelugur
Gula dan garam
3 cawan santan
500 gm pepahat

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
2.Masukkan lengkuas, batang daun ketumbar, serai, asam gelugur, santan, gula dan garam. Biarkan mendidih.
3.Setelah itu masukkan pepahat dan tutup periuk dan biarkan mendidih sekali lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram