Konvoi penyerahan memorandum kepada SPRM dilakukan AMK semalam. GAMBAR: FB Akmal Nasir

POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung konvoi penyerahan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang dilakukan Angkatan Muda Keadilan (AMK), semalam.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan sedang berjalan melibatkan kumpulan yang disertai 20 hingga 30 peserta.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut kesalahan Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

A. Asmadi memaklumkan, polis sudah pun mengambil keterangan pihak penganjur dan peserta yang terlibat sejak semalam secara berperingkat.

“Kita akan memanggil individu yang terbabit bagi melengkapkan kertas siasatan dan berharap mereka memberikan kerjasama bagi membantu siasatan yang dijalankan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Kes Azam Baki: Beri peluang siasatan dijalankan, tidak wajar hukum melalui perang media – Faizal

Semalam, AMK menyerahkan memorandum bagi mendesak supaya siasatan lebih teliti dilakukan badan bebas terhadap Azam.

Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, penyerahan memorandum tersebut disampaikan kepada pegawai SPRM secara konvoi bagi mewakili pandangan rakyat khususnya golongan muda untuk mempertahankan integriti.

Menurut Akmal, konvoi protes tersebut dilakukan secara aman tanpa perlu berkumpul serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram