sari gold hasniza hassan
Pengasas Sari Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV), Hasniza Hassan bersama sebahagian produk Gamat Jeli Sari Gold selepas hadir ke Majlis Makan Malam Dynamic Challenge Sari Gold 2021 di Putrajaya.

‘Kasi Gamat Satu Negara’. Laungan keramat yang memberi tanda bahawa Sari Gold bersedia untuk menakluk Malaysia dengan rangkaian produk gamat keluaran Ana Edar Sdn Bhd.

Menurut Pengasas Sari Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV) Hasniza Hassan, malam anugerah yang berlangsung pada 8 Januari bertempat di Hotel Zenith Putrajaya sebagai langkah pertama bagi menembusi pasaran seluruh negara.

“Rangkai produk Sari Gold hampir 90 peratus mengandungi gamat. Saya sangat yakin dengan kebaikan gamat untuk tubuh badan kita, untuk dimakan ataupun digunakan secara luaran. Lagipun kita tahu produk gamat sangat sinonim dengan masyarakat Melayu.

“Orang kenal minyak gamat dan selalu tertanya-tanya macam mana nak makan gamat?  Berbau ke? Kami telah formulasikan secara moden supaya mudah untuk diamalkan dan sesuai untuk seisi keluarga.

Hasniza Hassan sasarkan satu keluarga satu gamat jeli Sari Gold.

“Sebab itu Sari Gold mengambil iktiar untuk gamatkan lagi satu negara dengan membantu lebih ramai keluarga untuk jadi sihat dengan mengamalkan rangkaian produk Sari Gold yang berasaskan gamat.

Dan kami juga punya platform perniagaan yang patuh syariah, yang rendah modal dan rendah risiko. Kami punya produk yang berkualiti, latihan dan bimbingan. Panel Syariah kami ialah Dr. Zaharuddin Abd Rahman  dan Prof. Madya. Dr. Azman Mohd Noor.

Terdahulu, Majlis Makan Malam Dynamic Challenge Sari Gold 2021 diadakan bagi memberi penghargaan kepada Rakan Niaga (Rania) yang telah berjaya melengkapkan cabaran sepanjang bulan Julai hingga September 2021.

Hasniza Hassan bersama barisan penerima Anugerah Direct Selling Association of Malaysia (DSAM).

Seramai 12 rania berjaya dalam cabaran itu dan telah memenangi hadiah pakej penginapan dua hari satu malam beserta makan malam di hotel lima bintang.

Majlis berprestij ini turut meraikan tiga pemimpin rania Sari Gold yang telah memenangi Anugerah Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) untuk Recognition Award 2021 baru-baru ini.

Jeritan padu “Kasi Gamat Satu Negara” bersama barisan Rania di Hotel Zenith, Putrajaya.