Seorang pekerja menyusun Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang dijual dengan harga RM6.60 di sebuah kedai serbaneka di Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 3,198 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, meningkat 23 kes berbanding semalam.

Jumlah itu juga tidak banyak perbezaan dengan kes harian sejak dua minggu lalu.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2.795 juta kes.

“Pada 12 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,198 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,795,233 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data harian laman COVIDNOW dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 Januari untuk seluruh negara adalah 1.0.

Kadar Rt tertinggi direkodkan di Labuan (1.12), Kuala Lumpur (1.08), Putrajaya (1.08) dan Sabah (1.07).

Negeri yang mencatatkan Rt terendah pula ialah Terengganu (0.85), Sarawak (0.89) dan Perlis (0.90).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram